Monday, July 1, 2013

Resepi Ayam Percik

Resepi Ayam Percik






Bahan-bahan (kuah percik) 4-5 orang
9 ulas bawang merah (dikisar)
1 ulas bawang putih (dikisar)
1/2 inci halia (dikisar)
4 sudu besar cili kisar
400 ml santan pekat
1 sudu kecil halba (fenugreek seeds)
3 batang serai (diketuk)
Sedikit belacan
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan air
Minyak masak untuk menumis
Bahan-bahan (perap ayam)
1/2 ekor ayam
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
1/2 sudu besar ketumbar
1/2 sudu besar jintan putih
Cara-cara
  1. Kisar bahan-bahan untuk memerap ayam. Perap ayam selama 30 minit. Kemudian bakar ayam sehingga masak.
  2. Untuk kuah, tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar. Kacau sekata, kemudian masukkan air.
  4. Masukkan santan, halba, belacan dan serai. Kacau hingga sekata.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Masak sehingga kuah menjadi pekat (30-40 minit).
  7. Bila siap, curahkan kuah ke atas ayam yang telah dibakar.

NASI LEMAK HALBA





BAHAN-BAHANNYA :-)
4 cawan besar Basmathi King Jasmine, rendam 20 minit dan toskan
5 1/2 cawan santan kelapa segar
2 batang serai, didtitik
1 biji bawang besar, saiz sederhana, belah 4
1 inci halia, dititik
3 ulas bawang putih, dititik
1 helai daun pandan, disimpul
1 camca teh halba
Garam secukup rasa

BAHAN SAMPINGAN :-)
Sambal tumis secukupnya
Hirisan timun
Telur rebus @ telur dadar
Ayam goreng rempah, jika suka
Kacang tanah goreng
Ikan bilis goreng

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Masukkan beras basmathi ke dalam periuk nasi elektrik atau rice cooker. Masukkan juga serai titik, bawang besar belah, bawang putih dan halba, gaul rata dan tuang santan.
  2. Masukkan garam secukup rasa, kacau rata dan masukkan daun pandan. Masak seperti biasa hingga nasi kering. Bila nasi lemak betul2 masak, gemburkan dengan chopstick, dan off kan suis periuk nasi. Ini untuk mengelakkan nasi berkerak.
  3. Cedok nasi secukupnya ke dalam pinggan yang dialas daun pisang (jika suka). Letakkan bahan2 sampingan dan hidangkan untuk sarapan mau pun minum petang....

Friday, June 28, 2013

Dim sum halal Little Kitchen




RESTORAN Little Kitchen di Taman Melur, Teluk Intan, Perak.
WALAUPUN dim sum adalah makanan tradisional masyarakat Cina, namun ia kini boleh dianggap sebagai hidangan kegemaran rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.
Mungkin sebelum ini, status halal sentiasa menjadi kekangan kepada umat Islam untuk menikmati keenakan dim sum. Ini kerana tidak banyak restoran yang menyajikan sajian itu memiliki sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Menyedari itu, restoran Little Kitchen di Teluk Intan, Perak menyediakan dim sum halal sebagai antara hidangan utama khususnya kepada pelanggan beragama Islam.
Terletak di lokasi strategik di Taman Melur, kira-kira lima minit perjalanan berkereta dari bandar Teluk Intan, restoran tersebut menawarkan 10 pilihan dim sum berasaskan makanan laut, antaranya udang, sotong, ketam dan ayam.


Dibuka setiap hari mulai pukul 12 tengah hari sehingga 11 malam, dim sum yang disajikan di situ disediakan sendiri oleh chef berketurunan Melayu yang berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang masakan tradisional Melayu dan Cina.


Dijual pada harga antara RM2.50 hingga RM4 setiap set dim sum dalam bakul kecil, menu tersebut disediakan secara kukus tanpa menggunakan minyak kecuali jenis yang bergoreng.


Pengurusnya, Abdul Rahman Harun berkata, idea membuka restoran tersebut timbul setelah menyedari permintaan tinggi dalam kalangan masyarakat bukan Cina terhadap makanan tradisional yang telah berusia ratusan tahun itu.


''Restoran ini dimiliki sepenuhnya bumiputera dan dibuka sejak tahun 2011. Kami menyediakan sajian tradisional Melayu, Cina dan makanan barat.


''Hidangan dim sum adalah antara tarikan utama di restoran kami. Ini kerana makanan ini bukan sahaja digemari kaum Cina tetapi juga orang Melayu," katanya ketika ditemui S2.


Abdul Rahman berkata, antara kelebihan restoran tersebut adalah penyediaan sajian berasaskan bahan-bahan segar yang turut diperoleh daripada pembekal bumiputera dari sekitar Bagan Datoh dan Pulau Pangkor.
''Kami tidak menggunakan bahan dim sum segera seperti yang banyak dijual di pasar raya, sebaliknya kami mendapatkan bahan mentah yang segar untuk memastikan mutu hidangan kami sentiasa terjaga," katanya.
Sementara itu, seorang pelanggan, Tan Siew Bee, 45, berkata, dia kagum dengan kelazatan hidangan dim sum di restoran tersebut walaupun disediakan chef berketurunan Melayu.


''Malah, saya bangga kerana orang Melayu pun boleh buat dim sum yang sedap. Saya selalu bawa ahli keluarga makan di sini kerana harganya juga amat berpatutan," katanya.


Seorang pelanggan Melayu, Hamidah Abdul Razak, 52, anak jati Kampung Gajah, Pasir Salak, Perak yang bekerja di Kuala Lumpur memberitahu, dia amat meminati hidangan dim sum tetapi tidak banyak restoran yang mempunyai pensijilan halal.


''Setiap kali balik kampung, saya akan singgah di sini. Maklum sahajalah, hendak cari dim sum di restoran yang halal bukan senang," ujarnya.


UTUSAN 

Tuesday, June 11, 2013

Linguine with Tomatoes, Basil and Garlic

  1. Cook linguine as package directions; drain and keep warm.
  2. Heat oil in large frying pan Add garlic, cook for 1 minute stirring constantly.
  3. Add tomatoes basil, pepper and salt, cook for 3 minutes, stirring constantly.
  4. Add cooked pasta and chicken stock, cook for 2 to 3 minutes or until heated through.
  5. Serve with parmesan cheese.

Wednesday, May 29, 2013

Semua premis makanan wajib daftar dengan Kementerian Kesihatan mulai tahun depan

Semua premis makanan wajib mendaftar dengan Kementerian Kesihatan sebelum 1 Januari tahun depan dalam usaha untuk menentukan makanan yang dijual premis berkenaan adalah bersih.


Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Kesihatan berkata, premis makanan termasuk yang diusahakan oleh pengusaha kilang makanan, katering, restoran, gerai atau penjaja bergerak.


"Ini adalah selaras dengan Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 yang diwartakan pada 28 Februari 2009 yang mewajibkan semua premis makanan mendaftar dengan Kementerian Kesihatan.


"Pemilik makanan tersebut boleh dikenakan denda kerana tidak mendaftar," katanya.


Untuk mendaftar, layari laman web http://fosimdomestic.moh.gov.my.



- BERNAMA


Mother's Chicken Curry

Indian Chicken Tikka